Sewa van murah di area Kundasang 013 8586018 tahun 2024

Sewa van balik cuti hujung tahun lah joe..0138586018 Whatsapp encik ibrahim bin haji tamanan

Bagi anda yang bercuti ke Kundasang dan pandu sendiri tapi khuatir jalan di tempat homestay curam, jauh dan sempit takut tersesat. Anda boleh ambil khidmat van sewa di sekitar pekan Kundasang. Van sewa ni akan hantar dan ambil anda dari pekan Kundasang ke tempat homestay anda. Apa yang menarik adalah harga yang ditawarkan sanggat murah berbanding ditempat lain...walaupun homestay anda jauh dan jalannya curam, mereka tetap hantar  anda selamat hingga ke destinasi.

Kenderaan yang anda bawa tu boleh parking di tempat letak kereta di pekan Kundasang. Terdapat banyak tempat letak kenderaan percuma di Kundasang dan dijamin selamat. Kundasang adalah antara pekan yang selamat dan jarang berlaku kes kecurian atau sebagainya tu, anda tidak perlu risau. Jika nak lebih selamat boleh parking di hadapan kedai atau restoran di sekitar pekan Kundasang.

Ya seperti yang anda tahu, jalan di Kundasang memang berliku dan curam. Khususnya jalan di tempat-tempat homestay di Kundasang, dan jalan ke Desa Dairy Farm. Banyak kenderaan yang tidak dapat naik bukit hingga keatas. Ada kes kereta sampai terundur kebelakang..syukur tidak terlangar kenderaan dibelakang. Bahaya sangat!

Bagi mengelak perkara macam ni berlaku sebaiknya memaglah kena service dulu kenderaan. Atau jika pilih kereta sewa tu beri tahu nak ke Kundasang, so mereka akan beri kereta yang tiptop punya..! 

Tapi bila malang tak berbau..perkara macam ni still berlaku.. jangan risau anda hubungi ja van sewa Kundasang. Confirm mereka datang dan ambil korang ditempat tu juga. Kenderaan korang boleh parking tepi jalan, jangan menghalang jalan raya ok.. nanti satu Kundasang tu jammed! 

So sebelum bertolak tu kunci kereta & bawa barang-barang lain sekali. Usah risau kenderaan anda selamat ditepi jalan tu, tapi sebaiknya jika kenderaan masih ok.. baik patah balik ke pekan Kundasang dan parking disana berbanding parking tepi jalankan.

Selalunya, van sewa atau van piret ni diguna oleh agensi pelancongan khususnya yang menggunakan bas. Sesetengah bas tak boleh naik hingga atas di Desa Dairy Farm dan di sesetengah homestay. Selalunya disebabkan bukit terlalu curam dan jalan sempit...bas tidak boleh pusing balik. So selain anda, ramai ja pelancong lain yang juga naik van piret ni ok. Selain itu, van sewa ni juga digunakan sebagai pengangkutan awam oleh penduduk setempat yang ulang alik dari kampung mereka ke pekan Kundasang..



Berikut adalah harga sewa van di area Kundasang:

Jika dari Pekan Kundasang ke Desa Farm / Homestay dan tempat sekitar Mesilau & Kundasang:
HARGA :
Hanya RM100 per van (10 seat)
return (hantar & ambil)


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN : 
A) RM100 per van - Melawat Desa Dairy Farm return
    (Pickup: Pekan Kundasang - Desa Farm - Pekan Kundasang drop-off)

B) RM100 per van - Hantar dari pekan Kundasang ke homestay Kundasang!
C) RM100 per van - Ambil dari homestay ke pekan Kundasang!

atau  
D) RM150 per van - Melawat Desa Dairy Farm & hantar ke homestay
    (Pickup: Pekan Kundasang - Desa Farm - homestay Kundasang) 

E) RM180 per van - Homestay Kundasang & Melawat Desa Dairy Farm
    (Pickup: Homestay Kundasang - Desa Farm - Pekan Kundasang)


Contoh homestay di Kundasang:
- Kiram Village
- Alpine D'Bayu Residence
- D'Bayu Garden Residence
- Kinabalu Viwe Chalet
- Rocky Mountain Lodge
- Mesilau Cliff's Homestay
- Sinurambi Kundasang homestay
- Kundasang Islamic Training Center


Untuk Tempahan kereta sewa di Kundasang:
Call: +60138586018


Ulasan

Popular Post

Harga Tiket Masuk ke Rabbit Farm Ranau (2024)

Arnab Village (Ranau) - 2024 Tiket Masuk

3 Hari 2 Malam Bandaraya Kota Kinabalu Dan Kundasang 2024