3 Hari 2 Malam Bandaraya Kota Kinabalu Dan Kundasang 2024
Assalamualaikum,
Rancang nak bercuti ke Sabah untuk 3 Hari 2 Malam sahaja bolehkah? Sebab susah nak apply cuti lama-lama dari boss...Tapi still nak cover semua tempat menarik kat Sabah especialy Kundasang, Desa Cattle Farm, Fish Spa dan makan fresh seafood Sabah! Shopping!
Sebenarnya boleh ja bercuti 3 Hari 2 Malam di Sabah.
Still boleh cover semua tempat menarik kat Kundasang & Kota Kinabalu.
Korang boleh apply cuti 2 hari, Jumaat & Sabtu or Isnin bagi yang kerja swasta. So Ahad cuti mingguan. Hari Jumaat tu korng bertolak naik flight ke Sabah *sebaiknya tempah waktu penerbangan awal sekitar jam 6-7am, so korang akan sampai kat Sabah awal jam 8-9am..dapatlah lawat banyak tempat and stay lama-lama sikit. Sebab rugilah bila dah bayar tiket masuk tapi sekejap ja dalam tu, sebab rushing nak pergi tempat lain lagi.
So setibanya di Sabah korang boleh makan tengahari dulu, kemudian terus ke Kundasang. Agar korang boleh spend banyak masa kat Kundasang. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang sekitar 2 jam macam tu. Dalam perjalanan ke Kundasang korang akan dapat lihat perkampungan, flora fauna dan view gunung Kinabalu. Jalan mungkin sedikit berkabus jika cuaca lembap atau hujan. Bolehlah rasa sejuk-sejuk macam overseas.
Bagi yang ambil pakej percutian kami, kita akan melawat tempat-tempat seperti berikut di Kundasang & Ranau serta bermalam di Kundasang:
Hari 1 & 2 di Kundasang:
- Jambatan Gantung Tamparuli
- Rumah Terbalik Borneo
- Pekan Kundasang
- Pekan Nabalu
- Taman Kinabalu
- Poring Hots Spring
- Canopy Walkway
- Desa Dairy Farm
- Fish Spa
- Sabah Tea Park
- Rabbit Farm
Hari 3 di Kota Kinabalu:
- Shopping
- Kota Kinabalu City Tour
- Hantar ke lapangan terbang KKIA
Hari pertama korang bolehlah melawat beberapa tempat di Kundasang seperti Desa Dairy Farm, Memorial park, Pekan Kundasang, Masjid Kundasang, Kinabalu Park, Timpohon Gate, Botanical Garden dan Flying fox or Paragliding pun boleh. Banyak sangat aktiviti di Kundasang yang boleh anda lakukan. Harga tiket masuk atau aktiviti-aktiviti lain pun murah!
Hari pertama bermalam di Kundasang. Bagi yang stay hotel boleh makan kat cafe/ restoran di hotel. Nak special tempah hidangan steamboat..nikmat! Malam kat Kundasangkan sejuk so sesuai sangat bila order set steamboat sekeluarga. Bagi yang stay homestay boleh masak sendiri dan BBQ ayam. Nikmat! boleh rasa angin sejuk Kinabalu sambil makan kepak ayam panggang!
Tapi yang nak makan di luar pun boleh, ada beberapa restoran di Kundasang yang hidangkan makanan halal, kepak ayam Kundasang, dan KFC. Tapi kena datang awal sebab kebanyakan restoran dan kedai di Kundasang tutup awal sekitar jam 8-9 pm macam tu dah tutup!
So untuk esok hari ke2 lawatlah ke beberapa tempat di Ranau contoh Fish spa, Sabah Tea, Poring Hot Spring & Rabbit Farm atau Arnab Village. Then balik Kota Kinabalu singgah makan seafood. Banyak restoran seafood di Kota Kinabalu yang anda boleh pilih. Kebanyakan pelancong tempatan akan makan seafood di sekitar Pasar malam Todak, Pasar Anjung Senja dan Pasar Malam Philipina. Harga makanan juga berbaloi tidak malam dan tidak terlalu murah. Rasa makanan macam biasa...ya laa kan kita makan kat pasar malam, bukan kat restoran mewah, so ok la. Tapi selalu kami Sabahan akan pilih makan di beberapa restoran seafood contoh Gayang, Salut dan banyak lagi...jarak jauh dari KK tapi makan nikmat juga la
Hari ke3 boleh kemas barang sebelum nak keluar shopping dan lawat beberapa tempat di Kota Kinabalu. Jika kena pada hari Ahad, anda boleh singgah Pasar Tamu Gaya Street yang dibuka setiap hari Ahad pagi 7am - 12 tengahari. Terdapat banyak gerai-gerai yang akan dibuka di sepangang jalan Gaya Street termasuklah gerai yang menjual cenderahati, barangan tempatan, dan makanan tradisional. So pastikan plane cuti korang supaya hari terakhir anda di Sabah adalah hari Ahad...boleh singga Gaya Street. Tempat yang lain patut dilawati semasa di Kota Kinabalu adalah Signal Hill. Mungkin Signal Hill Sabah tak dapat lawan Signal Hill Pinang, tapi view korang boleh lihat pulau-pulau di KK, sunset, dan bandar lama dan baru Kota Kinabalu.
Bagi fligh balik pula sebaiknya tempah waktu penerbangan malam, so dari pagi hingga petang boleh keliling satu Kota Kinabalu..boleh shopping puas-puas sebelum balik!
Ada pakej 4 Hari 3 Malam/ 3H2N/ 2H1M
Melawat tempat-tempat menarik...
1. Lawat tempat Top di Kundasang
2. Pulau-pulau Top di Kota Kinabalu
3. Singgah tempat Top Shopping Sabah
4. Makan fresh seafood Sabah!
Bah! Apa lagi
Jom tempah sekarang!
Lambat melepas!
Bagi mengetahui Harga & Jadual perjalanan sila hubungi kami segera:
Call: +60138586018
WhatsApp: http://pakejmurahsabahok.wasap.my/
Ulasan