Day trip, klias Proboscis monkey river cruise. 2024
Seperti yang sedia maklum di Sabah terdapat spesis monyet Belanda atau Long-nose yang hanya wujud di kawasan Borneo iaitu termasuklah di negeri Sabah. Monyet Beland merupakan antara haiwan yang dilindungi dibawah IUCN.
Bagi anda yang ingin melihat monyet Belanda, di Sabah terdapat beberapa buah tempat yang anda boleh kunjungi untuk melihat habitat monyet berhidung panjang ini. Jika anda berada di Kota Kinabalu, anda boleh berkunjung ke Zoo negeri Sabah di Lok Lawi Wildlife Park untuk melihat monyet Belanda dan pelbagai jenis haiwan sekali.
Namun, kebanyakan pelancong luar lebih gemar melihat monyet Belanda dikawasan habitat tempat tinggalnya sendiri iaitu di dalam hutan bakau. Di Sabah terdapat banyak hutan bakau yang menjadi tempat tinggal habitat monyet Belanda ini. Monyet Belanda ini akan berada ditebing sungai dan sekitarnya bersama kelompok. Anda dapat melihat aktiviti habitat monyet Belanda ini secara langsung.
Cara untuk ke lokasi monyet Belanda ini adalah mudah. Anda perlu menaiki bot menyeberangi sungai dan hutan bakau hingga ke lokasi yang terdapatnya monyet Belanda. Di Sabah terdapat banyak perkhidmatan pakej sehari river cruise yang ditawarkan untuk melihat monyet Belanda di sungai hutan bakau.
Jika anda berada di Kota Kinabalu, berikut adalah antara lokasi pelancongan untuk melihat Proboscis Monkey:
- Weston River
- Klias River
- Kawa-Kawa River
Programe.
Axara bermula jam 2 petang dari hotel dibandaraya kota kinabalu melewati Masjid bandaraya kota kinabalu atau masjid terapung bergmbar.
Perjalanan diteruskan ke jetty samada di sungai weston, klias di Beufort atau Kawa Kawa dikota belud.
Tiba di jetty hidangan ringan dan minuman disediakan seperti kueh tempatan untuk menambah kesegaran setelah letih di perjalanan , suasana ditepi sungai.
Pada jam5 petang dengan beralaskan jacket keselamatan dan boat fiber kita bermula perjalanan menyusuri sungai melihat dan mencari haiwan yang unik akan kelihatan monyet bangkatan dalam bahasa Indonesia, monyet Belanda kata orang tempatan atau dalam bahasa saintisnya Proboscis monkey hanya terdapat di kepulauan Borneo. Haiwan lain seperti monyet langgur, kingfisher, monitor lizard kelihatan juga. Perjalanan akan mengambil masa 1 hingga 1 jam 30 minit.
Sekitar.
Kembali kejetty dan meneruskan perjalanan ke pantai, jam 6 hingga 6.30 senja menjelang kelihatan di pantai Mas aktivit bergambar selesai kembali ke jetty untuk makan malam hidangan buffet dengan lauk lauk tempatan.
Pada jam 7.30 perjalanan diteruskan ke jetty untuk menyusuri sungai menyaksikan klip klip. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit sahaja. Kembali ke jetty, Tanya's dan meneruskan perjalanan balik ke hotel mengambil masa 2 jam. Tamat aktiviti.
Selamat malam.
Sila hubungi encik Ibrahim bin Haji Tamanan kepada yang berminat WhatsApp +60138585018.
Ulasan