TIPS SEWA VAN BAS SABAH KOTA KINABALU KUNDASANG
PROGRAM LAWATAN KE SABAH (KOTA KINABALU & KUNDASANG)
Anda ingin membuat program lawatan ke Sabah seperti ke Kota Kinabalu & Kundasang? Membawa peserta yang ramai terdiri daripada pelajar, guru, siswa & penyarah. Boleh ikuti tips ini untuk memudahkan program sekolah dan universiti anda.
Setiap saban tahun dan hujung tahun pasti ramai yang ingin membuat program lawatan sekolah mahupun universiti. Salah satu pilihan lawatan yang ramai jalankan adalah membuat program lawatan ke Sabah seperti Kota Kinabalu & Kundasang, selain ke lain-lain tempat. Adalah tidak lengkap jika berkunjung ke Sabah tidak melawat ke bandar Kota Kinabalu (ibu Kota) & Kundasang (suasana sejuk di bawa bayu).
TIPS LAWATAN KE KOTA KINABALU & KUNDASANG
Salah satu tips lawatan di Sabah yang anda perlukan adalah pengangkutan kenderaan semasa di Sabah. Berikut tips pemilihan bas mahupun van untuk trip perjalanan lawatan program anda :
PENGANGKUTAN KENDERAAN DI SABAH YANG SESUAI ?
Selain mengatur tiket penerbangan ke Sabah. Pengangkutan kenderaan untuk perjalanan di Sabah juga salah satu yang perlu disediakan. Terdapat banyak jenis kenderaan yang sesuai untuk trip perjalanan ke Kota Kinabalu dan Kundasang. Antara yang sering digunakan adalah van dan bas.
BAS SABAH :
Ramai yang tidak tahu bas boleh digunakan untuk perjalanan lawatan ke Kundasang (Ladang tenusu Desa Farm, Pusat Latihan Islam Kundasang, homestay di Kampung Mesilou) & Ranau. Semua tempat pelancongan boleh dilawati dengan bas. Hanya beberapa tempat yang tidak boleh dimasuki bas. Sama juga untuk perjalanan sekitar Kota Kinabalu dan lain-lain destinasi di Sabah. Oleh itu, disarankan beri lokasi tempat untuk semakan. Boleh rujuk gambar-gambar & video bas disini.
Kelebihan menggunakan bas adalah dapat memuatkan jumlah rombongan yang ramai, kenderaan lebih luas dan selesa. Ruang penyimpanan barang bagasi juga luas, boleh memuatkan banyak barang. Selain itu, dapat memudahkan anda untuk mengatur pergerakan rombongan dan dapat merasai moment bersama-sama.
Terdapat pelbagai jenis kapasiti muatan bas yang anda boleh pilih, iaitu bas coaster 18 seat, bas kecil 20 seat & bas besar 43 seat. Malah yang menariknya harga sewaan bas adalah lebih murah atau setanding dengan sewaan dua atau empat unit van.
VAN SABAH:
Van juga adalah kenderaan yang sering digunakan untuk perjalanan lawatan di Kota Kinabalu, Kundasang & lain-lain tempat di Sabah.
Terdapat beberapa jenis van di Sabah yang anda boleh pilih. Ada van biasa dengan kapasiti muatan 10 ke 12 penumpang, van model baru 12 penumpang dan van 16 penumpang. Van model baru dilengkapi dengan kerusi yang selesa, ruang van luas dan cantik. Manakala van biasa nissan sesuai bagi yang ingin lebih jimat. Boleh semak gambar-gambar dan video van disini.
Bagi rombongan yang ramai lebih dari 10 peserta anda perlu mengambil beberapa unit van. Walaupun peserta akan berasingan duduk dalam satu-satu kenderaan, dan ruang penyimpanan barang yang terhad. Namun kelebihan menggunakan van adalah van boleh memasuki jalan sempit atau kecil sedikit, bergantung keluasan tempat. Oleh itu, anda disarankan memberi lokasi tempat untuk panduan pemandu.
------>> INGIN LEBIH BANYAK LAGI TIPS PROGRAM LAWATAN KE SABAH seperti;
✓ Bayaran Cheque, LPO, LO, E-perolehan ?
✓ Sewa Bas Van atau pilih Pakej Cuti saja?
✓ Tempat lawatan pelancongan baru di Kota Kinabalu dan Kundasang?
SILA LIKE FOLLOW SHARE
WHATSAPP KAMI !
TEMPAHAN SEWA VAN BAS SABAH :
Hubungi kami untuk harga sewa bas dan van atau tempahan sekarang;
Call/ Whatsapp : +6013-8586108
Ulasan